SYARAT / PERATURAN aM
Selamat datang ke D'Bangi Studio Homestay. Diharap para tetamu / penyewa merasa selesa dan gembira sepanjang penginapan.
Berikut adalah syarat-syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang penginapan :
Berikut adalah syarat-syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang penginapan :
- Waktu 'Check-In' : 3.00pm dan 'Check-Out': 12.00pm.
- Bayaran penuh mesti dibuat semasa penyerahan kunci 'Check-In'.
- Tidak dibenarkan merokok di dalam unit Homestay (Unit dilengkapi 'Smoke Detector').
- Max 4-5 orang tetamu pada satu masa.
- Haiwan peliharaan tidak dibenarkan berada/menginap bersama di dalam unit Homestay.
- Dilarang membawa masuk barang-barang yang salah di sisi undang-undang/pihak berkuasa. Dilarang menggunakan Homestay untuk sebarang kegiatan maksiat, judi, penyalahgunaan dadah atau aktiviti menyalahi undang-undang.
- Menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak melakukan sebarang tindakan yang akan menggangu kejiranan.
- Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pengurusan Tiara Imperio ketika berada dalam kawasan kejiranan serta ketika menggunakan kemudahan yg disediakan.
- Pastikan keselamatan dalam Homestay. Sila pastikan semua pintu/tingkap dikunci jika meninggalkan Homestay. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan.
- Dilarang mengubah susun atur perabot/peralatan. Jangan melakukan sebarang kerosakan terhadap peralatan serta membawa keluar barangan/peralatan yang terdapat di dalam Homestay.
- Dilarang membawa masuk makanan/minuman yang tidak HALAL ke dalam Homestay.
- Tetamu bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan kehilangan barangan Homestay. Kos panggantian/baik pulih akan dikenakan kepada tetamu jika didapati ada kerosakan/kehilangan.
- Tetamu diminta menjaga kebersihan unit Homestay.
- Sekiranya hendak menggunakan Laman BBQ, perlu maklumkan kepada pihak kami seminggu awal untuk tempahan.
- Pemilik premis tidak bertanggungjawab atas apa-apa kemalangan, kecederaan dan kehilangan harta benda tetamu/penyewa.
- Pemilik premis berhak membuat sebarang perubahan pada terma & syarat dari semasa ke semasa tanpa notis pemberitahuan.